Thursday, January 27, 2011

Urusan belum selesai....

selesai melengkapkan dokumen PTPTN yang perlu ditandatangani..cuma perlu pengesahan dan matikan setem selepas ni..insyaAllah dapat diselesaikan sebelum CNY ni..tapi masih ada urursan lain yang tertangguh..hmm..perlu cepat!


beberapa hari ni..terdapat banyak perkara yang menyedarkan aku tentang kejahilan diri sendiri..waktu dinihari yang lepas, perasaan ini berdetik adakah aku telah melakukan yang terbaik sebagai seorang muslim, sebagai seorang anak dan yang paling penting ke mana arah tuju hidupku selepas ini.


rasa terlalu banyak membuang masa memikirkan perkara yang remeh..yang tidak sepatutnya menjadi keutamaan pada saat ini. betullah kata orang dahulu..kalau terlalu mengikut kata hati, kelak binasa diri sendiri. aku perlu bangkit untuk membantu diri aku dari terus terduduk dan jatuh tersungkur. berapa lama lagi harus aku biarkan diri tenggelam dalam perasaan yang tidak mungkin akan berakhir..sesungguhnya manusia itu dijadikan penuh dengan perasaan dan jika tidak pandai menguruskan hati dan perasaan ini..boleh binasa diri sendiri. 


aku akan cuba bangkit..biarkan harus merangkak dan bertatih..selama mana pun aku mesti cuba. jatuh bangun seseorang hanya terletak pada diri sendiri..tiada yang akan membantu..itulah yang aku rasa saat ini..beban perasaan yang telah lama terpendam dalam jiwa tidak dapat aku rungkaikan...biar lelah aku mencuba..hanya kepada Allah aku mengadu nasib dan memohon kekuatan dan kesabaran supaya aku mampu berdiri teguh semula.


aku sudah lama tidak pedulikan kata - kata orang..sebabnya tidak mendatangkan faedah langsung...hanya tahu mematahkan semangat dan kritikan yang tidak membina saja yang terlontar dari mulut setiap orang..itulah namanya Melayu. kesian dengan bangsaku sendiri..silap orang cukup cepat mereka menuding, tapi kalau silap sendiri..hmm..tidak pernah nak akui..


itulah pengajaran yang paling hebat pernah aku alami selama ini..berkali-kali aku diduga dengan kesabaran sebegini..kerenah manusia yang mencabar kesabaran hati..mungkin kesabaran ku tidak memadai..mungkin ada perkara yang terlepas pandang..mungkin ada silap sendiri yang tidak aku sedari..mohon Allah berikan aku petunjuk yang sebaiknya untuk penyelesaiannya...


sesungguhnya benarlah firman Allah (Surah Al Asr):

Demi
 Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.




Saturday, January 22, 2011

start BLOG!!!

hari pertama memulakan blog...semangat nih..& harapnya dapat selalu update..;)


semangat baru untuk memulakan tahun nih...apa jua dugaan & rintangan yang mendatang & sedang dihadapi..semoga Allah meminjamkan sedikit kekuatan & kesabaran untuk aku.


hari ni lepak di McD untuk breakfast sambil melayan fb, etc..dah lama tak online..maka bertimbunla email tak terbaca...baru saja selesai download borang tawaran kadar ujrah PTPTN..perkara utama yang perlu diselesaikan b4 feb ni..kalo tidak, alamatnya..masalah lagi..


dah dekat 5 jam melepak kat sini..dah penat nk tgk skrin laptop nih..tp masih byk benda yang nak di'settle'kan..dapat juga chat ngan member yg lama xcontact..macam tulah hidup ni..kalo dh mengadap gadget yg satu nih...blh satu hari suntuk mengadap..


oklah, cukup tuk hari ni...buat permulaan..yang penting kerja selesai..


sedikit peringatan untuk diri supaya jadi lebih baik..


Al Hadiid : 16
Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.





@McD, 2.40 pm