Thursday, January 27, 2011

Urusan belum selesai....

selesai melengkapkan dokumen PTPTN yang perlu ditandatangani..cuma perlu pengesahan dan matikan setem selepas ni..insyaAllah dapat diselesaikan sebelum CNY ni..tapi masih ada urursan lain yang tertangguh..hmm..perlu cepat!


beberapa hari ni..terdapat banyak perkara yang menyedarkan aku tentang kejahilan diri sendiri..waktu dinihari yang lepas, perasaan ini berdetik adakah aku telah melakukan yang terbaik sebagai seorang muslim, sebagai seorang anak dan yang paling penting ke mana arah tuju hidupku selepas ini.


rasa terlalu banyak membuang masa memikirkan perkara yang remeh..yang tidak sepatutnya menjadi keutamaan pada saat ini. betullah kata orang dahulu..kalau terlalu mengikut kata hati, kelak binasa diri sendiri. aku perlu bangkit untuk membantu diri aku dari terus terduduk dan jatuh tersungkur. berapa lama lagi harus aku biarkan diri tenggelam dalam perasaan yang tidak mungkin akan berakhir..sesungguhnya manusia itu dijadikan penuh dengan perasaan dan jika tidak pandai menguruskan hati dan perasaan ini..boleh binasa diri sendiri. 


aku akan cuba bangkit..biarkan harus merangkak dan bertatih..selama mana pun aku mesti cuba. jatuh bangun seseorang hanya terletak pada diri sendiri..tiada yang akan membantu..itulah yang aku rasa saat ini..beban perasaan yang telah lama terpendam dalam jiwa tidak dapat aku rungkaikan...biar lelah aku mencuba..hanya kepada Allah aku mengadu nasib dan memohon kekuatan dan kesabaran supaya aku mampu berdiri teguh semula.


aku sudah lama tidak pedulikan kata - kata orang..sebabnya tidak mendatangkan faedah langsung...hanya tahu mematahkan semangat dan kritikan yang tidak membina saja yang terlontar dari mulut setiap orang..itulah namanya Melayu. kesian dengan bangsaku sendiri..silap orang cukup cepat mereka menuding, tapi kalau silap sendiri..hmm..tidak pernah nak akui..


itulah pengajaran yang paling hebat pernah aku alami selama ini..berkali-kali aku diduga dengan kesabaran sebegini..kerenah manusia yang mencabar kesabaran hati..mungkin kesabaran ku tidak memadai..mungkin ada perkara yang terlepas pandang..mungkin ada silap sendiri yang tidak aku sedari..mohon Allah berikan aku petunjuk yang sebaiknya untuk penyelesaiannya...


sesungguhnya benarlah firman Allah (Surah Al Asr):

Demi
 Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.




No comments:

Post a Comment