Tuesday, March 1, 2011

new life..new beginning...

sudah lama tak menjengah ke blog ni...beberapa hari ni agak sibuk dengan beberapa urusan. alhamdulillah semua dah settle..

1 mac ni, satu permulaan baru bagi aku. kehidupan yang baru dan dengan azam dan tekad yang baru. aku inginkan segalanya bermula dengan baik dan akan berterusan sampai bila-bila. oleh itu, aku tanamkan tekad untuk melakukan perubahan supaya pisang tidak berbuah dua kali. perlu berubah jika hendak ke depan. buangkan segala prasangka dan berharap pihak satu lagi pun begitu...hidup di dunia ni bukannya lama...semakin kita meniti hari semakin dekat kita dengan ajal..bukannya semakin jauh. entah bila kita akan dijemput...yang pastinya sudah 28 tahun aku hidup. jika umur ku tidak panjang..mungkin tinggal beberapa tahun lagi atau bulan atau hari...kita tidak tahu semua itu. cuma doa yang mampu dipanjatkan untuk memohon dipanjangkan umur agar bisa diberi kesempatan untuk membuat yang terbaik untuk dunia dan akhirat.

di kesempatan yang ada ni, aku sempat update di blog ini sebagai petanda permulaan perubahan yang aku ingin lakukan. perlu ada satu catatan supaya perjalanan hidup ini boleh dirakam untuk tatapan ku sendiri bagi menilai setiap apa yang telah aku lakukan.

cukupla setakat ini..masih banyak kerja perlu dilakukan biar pun di hari pertama. chaiyok!